Pertukaran Asing membentuk pasaran kewangan terbesar dunia, dengan lebih $3 trilion diperdagangkan saban hari. Sebagai perbandingan, pasaran Forex ialah 100 lebih besar berbanding Bursa Saham New York, dan tiga kali ganda saiz Ekuiti dan Perbendaharaan AS jika digabungkan bersama. Forex merupakan pasaran atas kaunter (tanpa arena dagangan yang berpusat), yakni transaksi dilakukan secara telefon atau internet oleh rangkaian bank global, syarikat multinasional, pengimport dan pengeksport, broker dan juga pedagang matawang. Ini berlawanan dengan, sebagai contoh, NYSE, dimana ia memiliki sebuah lokasi dagangan ekuiti yang berpusat.
Dagangan di Pasaran Forex: Konsep Asas
Forex melibatkan pembelian satu matawang dan secara serentak menjual matawang yang lain pula. Lazimnya, matawang utama—Pound British (GBP), Euro (EUR), Yen Jepun (JPY), dan Swiss Franc (CHF)—didagangkan berlawanan atau dibandingkan dengan Dolar A.S. (USD). Pasangan dagangan yang tidak menyenaraikan nilai USD adalah dipanggil pasangan silangan, dan ia amatlah jarang dimulakan.
Pasangan matawang dinyatakan dengan satu matawang asas sebagai bahagian pertama pasangan tersebut, kemudian diikuti pula dengan matawang sebut harga. (Sebagai contoh, USD/JPY dirujuk dengan dolar AS sebagai asas berbanding Yen Jepun, sebagai sebut harga.)
Mengiringi sesuatu pasangan matawang ialah kuota, atau harga bida/tawar. Ia dinyatakan dalam format seperti berikut: EUR/USD : 1.2836 1.2839. Nombor pertama dalam siri format itu mewakili harga bida, kos jualan Euro berbanding Dolar, atau ‘gerakan "short' ke atas Euro. Nombor kedua pula ialah harga tawar, yakni kos belian Euro berbanding dolar, atau gerakan `long` ke atas Euro. Perbezaan antara harga bida/tawar ini dipanggil sebagai spread pip.
pip ialah unit terkecil ukuran bagi mana-mana matawang. Dalam kebanyakan matawang, ia merupakan digit kelima, atau digit keempat selepas titik perpuluhan, dalam dolar, yakni kesetiap pip itu bernilai satu perseratus sen. Satu pengecualian penting ialah untuk Yen Jepun, dimana kesetiap pip ialah pada digit kedua selepas titik perpuluhan, bermaksud kesetiap pip bernilai sesen.