|
|
Terma dan definisi yang digunakan di dalam Pasaran Forex
Sekuriti, Deposit dan Pengeluaran
Manfaat iFOREX
Adakah anda mempunyai sebarang soalan yang tidak disenaraikan di halaman ini?
|
Apakah yang dimaksudkan dengan Pip?
Pip ialah digit terkecil yang digunakan untuk mengukur satu perubahan yang terjadi pada kadar tukaran untuk sesuatu pasangan matawang yang diberikan.
Lazimnya ia merupakan digit terakhir pada kadar tukaran (dalam kebanyakan kes ia adalah digit keempat selepas titik perpuluhan).
Apakah waktu dagangan di pasaran Forex?
Waktu aktiviti pasaran boleh berubah dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh cuti umum, pelarasan waktu musim, serta keadaan kecairan luar biasa yang berpunca daripada peristiwa global tertentu.
Aktiviti mingguan bermula secara berterusan pada pukul 22:00 GMT dari hari Ahad hingga Jumaat, 21:00 GMT.
Kebanyakan instrumen didagangkan berdasarkan 24 jam tanpa gangguan. Sesetengah alat, bagaimanapun, mempunyai waktu dagangan khas seperti yang.
Apakah kesahihan untuk suatu transaksi dan apakah pula yang dimaksudkan dengan Gulungan Matang Automatik?
Opsyen penggulungan matang automatik membolehkan pelabur untuk tinggalkan kedudukan secara terbuka untuk suatu tempoh masa yang telah ditentukan sendiri.
Apabila satu kedudukan baru (spot atau hadapan) dibuka, ia mempunyai suatu tarikh (nilai) tamat tempoh yang lalai.
Di penghujung tarikh nilai (masa pelayan), satu proses automatik akan menggulung matangkan kesemua kedudukan terbuka yang releven ke tarikh nilai spot yang seterusnya (tambahan dua hari perniagaan). Kesemua gulungan matang akan dijalankan pada kadar gulungan matang yang kompetitif, bergantung ke atas pasangan matawang yang terlibat. Semasa proses gulungan matang terjadi, kesemua pedagang akan menerima atau membayar mata, bergantung kepada perbezaan kadar faedah di antara dua matawang.
Apakah deposit minimum yang diperlukan untuk dagangan di atas talian?
Untuk membuka transaksi dan dagangan atas talian yang baru, anda perlukan minimum deposit US$100. Saiz transaksi minimum untuk suatu akaun baru ialah US$2,500 (atau setara), dengan leveraj sehingga 1:400 (bagi instrumen tertentu).
|
 |
|
|
|
Bagaimanakah saya dapat membiayai akaun saya?/font>
Kami menyediakan pelbagai opsyen untuk deposit dana samada secara atas atau luar talian demi meningkatkan keselesaan anda. Opsyen tersebut adalah:
Kawat Bank, Kad Kredit, Kad Debit dan eWallets.
Untuk dapatkan arahan deposit melalui pindahan kawat, sila emelkan kepada kami di accounting@iforex.com, dengan memberikan butiran nama, nombor telefon, berserta dengan permintaan anda, atau hubungi kami di +30-210-374-2599.
Bagaimanakah saya dapat mengeluarkan wang dari akaun saya?
Untuk keluarkan dana dari akaun anda, sila Log masuk ke akaun anda dan janakan borang Permintaan Pengeluaran dari halaman pengeluaran.
Permintaan untuk memindahkan dana ke pihak ketiga tidak akan diproses.
Pengeluaran dana dari akaun hanya boleh dilakukan setelah menandatangani dan menghantarkan borang berikut:
(Documents tersebut hanya diperlukan cuma sekali.)
1. Satu salinan foto ID kerajaan
(cth. pasport atau lesen memandu, ID).
2. Satu bukti kediaman untuk alamat rumah anda
(mana-mana dokumen atau bil rasmi yang menunjukkan
alamat rumah anda).
3. Satu salinan foto untuk kedua-dua sisi kad kredit yang digunakan
untuk iFOREX.
(Sila kaburkan/selindungkan kod CVV yang terdapat pada salinan
foto tersebut).
Sila fakskan dokumen pengeluaran disertai dengan dokumen di atas ke +30-210-374-2556. Anda juga boleh mengimbas dokumen tersebut (ke JPG, DOC atau PDF) dan Emelkannya ke
accounting@iforex.com.
|
Dana yang didepositkan dengan kad kredit, akan dikreditkan apabila dikeluarkan ke kad, sehingga mencecah had amaun didepositkan. Sebarang lebihan dana akan dikawatkan ke akaun bank anda yang mana butirannya mesti disediakan di bawah (caj $20 bagi kawat bank dikenakan).
Sekiranya kad kredit yang anda gunakan untuk membiayai akaun anda dibatalkan, dana tersebut akan dipulangkan oleh vendor kad kredit anda ke akaun bank yang mengeluarkan kad tersebut.
Sekiranya denominasi dana yang dikeluarkan dari akaun dagangan anda berbeza dengan denominasi kad kredit/akaun bank anda, amaun yang dibayar balik akan ditukarkan oleh vendor kad kredit tersebut, menggunakan kadar tukaran setempat semasa pada waktu itu.
Sekiranya anda ingin mengeluarkan dana dalam cara berbeza selain di atas, sila Emelkan kepada kami di
accounting@iforex.com dengan memberikan butiran nama dan nombor perhubungan sekali dengan permintaan anda.
Meskipun mempunyai dedahan terbuka, amaun yang anda boleh keluarkan adalah tertakluk kepada keperluan margin minimum.
Adakah iFOREX menggunakan Panggilan Margin?
Kami tidak menggunakan Panggilan Margin.
Terma Panggilan Margin amat dikenali dikalangan broker Forex dan ia merujuk kepada penuputan kesemua kedudukan terbuka oleh broker apabila tahap sekuriti margin minimum telahpun dimungkiri. Tahap margin minimum yang lazim digunakan terletak di antara 1% ke 2% semasa hari-hari biasa, dan meningkat ke 3% ke 4% pada hujung minggu dan hari cuti. Akibatnya, kedudukan mungkin ditutup meskipun terdapatnya baki bebas yang positif di dalam akaun klien.
iFOREX mempunyai falsafahnya, yakni untuk membenarkan pelabur untuk menggunakan sepenuhnya baki bebas sebagai margin kedudukan terbuka mereka, yang bermaksud kedudukan tersebut akan kekal terbuka selagi pelabur memiliki baki bebas positif di dalam akaun mereka.
Adakah iFOREX mengenakan bayaran gulungan bagi melanjutkan kedudukan yang telah tamat tempoh?
Kami tidak mengenakan sebarang komisen atau bayaran bagi kedudukan yang digulung matangkan.
Malahan, terdapat keadaan dimana pelabur memperolehi manfaat hasil daripada proses gulungan matang. Semasa proses gulungan matang (mirip kepada Hadapan automatik kesetiap dua hari perniagaan), pedagang samada akan menerima atau membayar mata, bergantung kepada perbezaan kadar faedah antara dua matawang.
Apakah kelebihan iFOREX jika dibandingkan dengan broker Forex yang lain-lain?
Tiada Komisen
iFOREX tidak mengenakan sebarang komisen untuk kedudukan bukaan, meskipun terdapatnya spread di antara kadar belian dan jualan, yang sesetengahnya bolehlah diangggap sebagai kos tidak langsung. Spread di antara kadar belian dan jualan adalah lumrah di dalam kesemua bilik dagangan dan platform forex di serata dunia, yang mana menjadi penyumbang utama kepada garis keuntungannya.
Spread yang iFOREX tawarkan untuk kedudukan spot dan hadapan - berjulat di antara 0.02% (2:10,000) dan 0.05% (5:10,000) bagi matawang Utama dan lebih tinggi bagi beberapa silangan eksotik atau pasangan matawang yang cenderung untuk mempunyai kecairan lebih rendah.
Tiada Kos Pembaharuan Harian
Berbeza dengan bilik dagangan lain, iFOREX memperlakukan dagangan spot sebagai suatu transaksi perbankan, yakni bukannya sebagai perjudian per se. Proses penggulungan matangan ke atas kedudukan sedia ada dijalankan menggunakan kadar faedah dan spot yang terlibat di dalam pasaran. Mata Hadapan ditambah ke atau ditolakkan dari kadar urus niaga, sepertimana yang ditentukan oleh perbezaan kadar faedah yang dikenakan ke atas pasangan matawang urus niaga yang terbabit.
Tiada Panggilan Margin
iFOREX tidak melaksanakan Panggilan Margin. iFOREX mempercayai kliennya dan membenarkan mereka untuk menggunakan kolateral sepenuhnya agar dapat menguatkan lagi kedudukan terbuka mereka. Oleh itu, selagi mana klien memiliki baki bebas yang positif di dalam akaun mereka, maka tiada urus niaga yang akan ditamatkan.
Perkhidmatan dan Dagangan selama 24 Jam
iFOREX mempunyai pejabat yang dibuka 24 jam sehari bermula dari Ahad malam dan berterusan sehingga Jumaat malam.
Pesanan Had khas
pelabur iFOREX mempunyai beberapa alat canggih dagangan untuk digunakkan , termasuk satu yang membolehkan mereka untuk meletakkan Perintah Had pada kadar yang lebih baik, yang selanjutnya membatalkan perintah lain yang pernah diterima. Juga, pelabur boleh menentukan kadar Perintah Kerugian untuk menghadkan kerugian mereka dari kedudukannya (untuk maklumat lanjut sila klik di sini. Ia juga mungkin menetapkan kadar pasaran sebelum yang ditakrifkan di mana untuk membuka atau menutup posisi.
Perlaksanaan Renti Rugi pada Kadar Tertakrif - Tiada Kemerosotan
Di iFOREX kesetiap pesanan renti rugi terhadap suatu penutupan dedahan yang sedia ada akan dilaksanakan pada kadar yang tepat seperti yang ditakrifkan oleh pelabur. Tambahan pula, dedahan maksimum pelabur adalah dihadkan kepada amaun yang beliau telah depositkan. Rugi maksimum pelabur tidak akan melepasi jumlah amaun yang beliau telahpun depositkan sebelum ini.
Utilizing Future Profit in Order to Open a New Position
Menggunakan Untung Masa Hadapan Bagi Membuka Kedudukan Baru
Di iFOREX pelabur tidak diwajibkan untuk menetapkan kadar renti rugi. Pelabur mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap tanggungjawap dan dedahannya dan beliau boleh membuka kedudukan baru berdasarkan kepada keuntungan pada masa hadapan daripada kedudukan terbuka sedia ada sekarang.
Pengemaskinian Malar Baki Akaun
Ini membolehkan klien untuk melihat nilai kedudukan, kolateral dan dedahan yang dibuka dalam masa nyata. Akaun klien yang dikemaskinikan secara malar pada Platform Dagangan FXnet iFOREX membolehkan pelabur mengawal sepenuhnya portfolio kedudukan mereka serta mempertingkatkan lagi pengurusannya dengan lebih cekap.
|
 |
|
|
|
|
Adakah anda mempunyai sebarang soalan yang tidak disenaraikan di halaman ini?
- Sila hantarkannya kepada kami secara Emel di info@iforex.com dan kami akan berasa bangga untuk menambahmasukkannya.
|
|
|
|
|
|