Forex
Padanan Mata Wang
AUD/USD
Dolar Australia, juga dikenali sebagai Aussie, menyumbang kira-kira 5% daripada urus niaga pertukaran mata wang asing yang dilakukan di seluruh dunia. Dolar Australia adalah mata wang rasmi Australia dan wilayah, termasuk Kepulauan Chirstmas, Kepulauan Cocos dan Kepulauan Norfolk. Dolar Australia adalah mata wang keenam yang kerap diniagakan dalam pasaran pertukaran asing, di belakang USD, JPY, EUR, GBP dan CAD.
Fakta:
- Ekonomi Australia telah melaksanakan ukuran yang lebih baik daripada negara-negara OECD (Organization for Economic Co-operation and Development) yang lain
dan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang positif.
- Pasaran eksport terbesar di Australia adalah Jepun, China, Korea Selatan, India dan Amerika Syarikat.
- Ekonomi Australia bergantung kepada eksport produk mineral dan pertanian, seperti gandum dan bulu.
Ciri-ciri:
- AUD/USD boleh mengalami pergerakan utama semasa Sesi Dagangan Eropah.
- AUD/USD biasanya dipengaruhi oleh Kadar faedah dan perubahan harga komoditi.
- Pergerakan mata wang ini biasanya berdasarkan pada faktor-faktor asas ekonomi dan kurang terdedah kepada kerugian akibat dagangan spekulatif intraday.
Masukkan maklumat anda dalam borang di atas dan mula mengambil kesempatan daripada manfaat Forex Online dengan sesi latihan yang unik secara individu.